Cara Jadi Kapten Kapal

Kerjaya sebagai kapten kapal adalah satu kerjaya yang menjanjikan pendapatan yang lumayan setiap bulan. Malah, ia juga setaraf dengan kerjaya sebagai juruterbang. Tapi adakah anda tahu cara jadi kapten kapal?

Anda perlu melalui beberapa peringkat sebelum layak bekerja sebagai Kapten Kapal. Pertama sekali, anda perlu mengambil jurusan pengajian ‘Diploma in Nautical Studies‘ seperti yang ditawarkan oleh Ranaco Education & Training Institute (RETI).

Selepas tamat pengajian diploma selama 2 tahun 6 bulan, anda perlu mengikuti latihan praktikal selama 12 bulan sebagai ‘Deck Cadet’. Syarat minimum umur adalah 17 tahun. Di sini anda akan menimba lebih banyak ilmu pengetahuan dengan pendedahan situasi sebenar pekerjaan di atas kapal.

Selepas tamat latihan praktikal, anda perlu mengambil Kursus WKO (Watch-Keeping officer) selama 4-6 bulan. Anda juga perlu menghabiskan semua Kursus Modular dan Ujian Oral yang diluluskan oleh Jabatan Laut Malaysia. Kemudian anda perlu mendapatkan ‘Certificate of Cempetency (COC). Keseluruhan proses kebiasaannya mengambil masa selama 10-12 bulan untuk mendapatkan WKO dan juga COC.

Selepas anda berjaya mendapatkan WKO Certificate dan COC Certificate, anda boleh mula bekerja di atas kapal sebagai Third Officer ataupun Watchkeeping Officer (WKO). Tangga gaji adalah sekitar RM5000-RM8000 sebulan dan purata umur untuk bekerja adalah 24-27 tahun. Anda juga boleh ditawarkan oleh syarikat untuk menjadi Second Officer dengan gaji sekitar RM9000-RM18000 sebulan. Kebiasaannya anda akan menjadi Second Officer pada umur 27-30 tahun.

Selepas bekerja sebagai Third Officer dan Second Officer, and boleh mula memohon untuk menjadi Chief Officer dengan gaji sekitar RM12000-RM24000 sebulan. Syarat untuk bekerja adalah anda bekerja di laut sekurang-kurangnya selama 12 bulan dengan WKO Certificates dan keseluruhan kursus. Purata umur Chief Officer adalah 30-32 tahun.

Bermulanya kerjaya anda sebagai Kapten Kapal adalah apabila anda telah mempunyai pengalaman bekerja sebagai Chief Officer sekurang-kurangnya selama 12 bulan. Purata umur pula adalah pada umur 32-34 tahun dengan purata gaji sekitar RM25000-RM60000 setahun.

cara jadi kapten kapal

Tidak susah untuk menjadi Kapten Kapal jika anda tahu cara untuk jadi Kapten Kapal. Jika anda bercita-cita untuk menjadi Kapten Kapal, anda boleh memohon untuk belajar dalam jurusan Diploma in Nautical Studies yang ditawarkan oleh RETI. Semoga berjaya!

Share

Leave a Reply

Close Menu