Hala Tuju Jika Gagal UPU

hala tuju jika gagal UPU

Hampir kesemua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membuat permohonan UPU dan tidak kesemua permohonan berjaya. Namun, masih terdapat banyak hala tuju jika gagal UPU yang boleh dipilih untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

1. Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

Anda boleh membuat semakan dengan pelbagai IPTS yang menawarkan kursus yang anda inginkan. Kebanyakan kursus yang ditawarkan juga mempunyai kemahiran dan memenuhi kehendak industri. Anda boleh layari http://www2.mqa.gov.my/mqr/ untuk membuat carian kursus.

2. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)

STPM menawarkan dua aliran iaitu kesusasteraan dan sains untuk dipilih sebelum melangkah ke universiti. Tempoh pengajian pula hanyalah setahun setengah dan anda berpeluang untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda selepas tamat pengajian

3. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

STAM menawarkan pelbagai subjek yang berkaitan dengan Pengajian Islam seperti Bahasa Arab, Fekah, Hadis dan lain-lain. Pelajar STAM juga mempunyai peluang yang cerah untuk menyambung pengajian ke luar negara.

4. Politeknik

Politeknik merupakan satu pilihan yang tepat untuk pelajar lepasan SPM yang cenderung ke arah kemahiran. Malah, kebolehpasaran graduan lepasan Politeknik juga lebih tinggi daripada pelajar universiti disebabkan sistem pembelajaran mereka yang menerapkan 50% teori dan 50% praktikal.

5. Sijil Kemahiran

Sijil Kemahiran akan membantu pelajar untuk melangkah ke peringkat Diploma atau untuk bekerja di dalam industri, Sijil Kemahiran juga boleh boleh dipelajari di institut-institut kemahiran yang menawarkan

Kesimpulannya, gagal permohonan UPU bukanlah satu penghalang untuk anda menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Malah terdapat banyak hala tuju jika gagal UPU. Jika anda berminat untuk mendapatkan diploma dalam industri Minyak dan Gas, Maritim, Kejuruteraan dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, anda boleh klik https://www.reti.info/permohonan-online/ untuk membuat permohonan secara online di Ranaco Education & Training Institute (RETI).

Share

Leave a Reply

Close Menu