Kelebihan Belajar Dalam Bidang Minyak dan Gas

Gambar hiasan : Pelantar minyak dan gas

Berdasarkan permintaan untuk tenaga kerja dalam bidang minyak dan gas yang masih tinggi, ternyata terdapat banyak kelebihan belajar dalam bidang minyak dan gas.

Buat pertama kali dalam sejarah, kita dikejutkan dengan kejatuhan harga minyak mentah Amerika Syarikat (AS) di bawah paras negatif iaitu -37.65% setong. Ini berlaku disebabkan permintaan minyak dunia yang rendah dan kemelut Covid-19 yang sedang melanda dunia.

Keadaaan ini jelas menimbulkan panik bagi industri minyak dan gas. Namun, keadaan ini dijangkakan sementara sahaja dan permintaan pekerjaan untuk industri minyak & gas masih tinggi sehingga ke hari ini.

” Peluang pelaburan yang banyak di perairan Malaysia dengan portfolio projek yang akan datang pada masa depan menggambarkan prospek yang baik,” kata Naib Presiden bagi Perolehan Kumpulan PETRONAS, Liza Mustapha.

Oleh itu, pengajian dalam bidang minyak dan gas adalah salah satu cabang pengajian yang masih mampu untuk menjamin masa depan yang cerah untuk pelajar.

Antara kelebihan belajar dalam bidang minyak dan gas adalah :

  1. Kepelbagaian dan Cabaran Kerja
    Ramai yang berpendapat bahawa bidang minyak dan gas hanya terhad kepada pelantar minyak dan jentera berat. Tetapi, terdapat banyak juga pekerjaan yang berkaitan yang bertempat di pejabat dan makmal sebagai contoh.
  2. Teknologi
    Bidang minyak dan gas sentiasa menggunakan teknologi terkini. Pelajar mahupun pekerja akan sentiasa terdedah dengan kaedah baru.
  3. Pendapatan Yang Tinggi
    Bidang minyak dan gas tidak dinafikan terkenal dengan pekerjaan yang memberikan pendapatan yang tinggi. Malah peluang untuk kenaikan pangkat dan pendapatan juga tinggi.
  4. Kepakaran Kerja Yang Tinggi
    Kebanyakan pekerja adalah aset yang penting kepada syarikat kerana kepakaran kerja yang tinggi yang dimiliki oleh setiap pekerja. Ini sekaligus dapat menjamin kerjaya tetap yang lebih lama.

Terdapat banyak lagi kelebihan belajar dalam bidang minyak dan gas. Jika anda bercita-cita untuk bekerja dalam bidang minyak dan gas, sila layari www.reti.info dan sertai program diploma yang ditawarkan oleh Ranaco Education & Training Institute (RETI) yang bertempat di pusat industri, Kemaman, Terengganu.

Sumber : https://www.bharian.com.my/

Share

Leave a Reply

Close Menu