Kelebihan Belajar Diploma

Kelebihan Belajar Diploma

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kebanyakannya akan memilih untuk menyambung pengajian dalam kursus diploma yang mengambil masa selama 3 tahun mengikut program pengajian yang diplih sebelum menyambung pengajian kursus Ijazah. Terdapat banyak kelebihan belajar diploma, antaranya ialah :

1. Peluang merancang masa depan dan kerjaya dengan lebih tepat

Kursus pengajian diploma dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu seperti yang ditawarkan oleh Ranaco Education & Training Institute seperti Maritim, Minyak dan Gas, Kejuruteraan dan lain-lain. Ini memberikan peluang kepada pelajar untuk merancang masa depan dan kerjaya dengan lebih tepat sepanjang proses pembelajaran.

2. Peluang untuk memperbaiki kelemahan semasa proses pengajian

Proses pengajian diploma dibahagikan kepada beberapa semester. Sebagai contoh, pelajar perlu melalui 6 semester sepanjang 3 tahun pengajian. Sepanjang tempoh pengajian, jika pelajar mendapat gred yang rendah dalam mana-mana semester, pelajar masih boleh memperbaiki purata gred pada semester yang lain. Keputusan akhir gred adalah dikira daripada purata keseluruhan daripada 6 semester

3. Pendedahan awal skop dan pengalaman pekerjaan

Pelajar diploma kebiasaannya perlu melalui kursus praktikal (internship), dimana pelajar perlu menimba pengalaman di mana-mana syarikat luar yang berkaitan dengan program pengajian. Pelajar akan mempraktikkan subjek yang telah dipelajari sepanjang tempoh menjadi pelatih. Ia merupakan satu pendedahan awal yang sangat penting kepada pelajar untuk membantu pelajar dalam merancang masa depan dan kerjaya dengan lebih tepat

4. Peluang menyambung pengajian ke peringkat Ijazah dan luar negara

Foto Hiasan : Peluang Pengajian Ke Luar Negara

Pelajar diploma sememangnya akan dilengkapkan dengan persediaan untuk menyambung pengajian ke program Ijazah dalam jurusan yang berkaitan. Malah, jika pelajar berjaya menamatkan pengajian diploma dengan purata gred yang tinggi, pelajar juga berpeluang untuk menyambung pengajian ke luar negara.

Pengajian diploma selama 3 tahun juga sudah tentu dapat membantu pelajar untuk memilih jurusan ijazah dengan lebih tepat.

5. Peluang bekerja

Selepas tamat pengajian diploma, pelajar boleh memilih samada untuk menyambung pengajian ataupun terus bekerja di dalam sektor kerajaan ataupun swasta. Pelajar juga tidak perlu risau jika ingin menyambung pengajian semasa atau selepas bekerja kerana diploma yang diperolehi masih boleh digunakan.

Tidak semestinya pelajar lepasan diploma mendapat pekerjaan dengan tangga gaji yang rendah. Bahkan ramai pelajar lepasan diploma yang berjaya dalam bidang pekerjaan masing-masing.

6. Pinjaman dan biasiswa

Pinjaman dan biasiswa juga disediakan untuk program pengajian diploma. Pelajar boleh memohon untuk pinjaman seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atau Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan juga daripada agensi-agensi pinjaman pendidikan yang lain untuk membantu pelajar menanggung kos pengajian.

Kesimpulannya, terdapat banyak kelebihan belajar diploma. Ia merupakan satu peluang pengajian yang dapat membentuk masa depan pelajar dengan lebih baik.

Untuk permohonan Diploma ambilan Julai 2020 Ranaco Education & Training Institute, klikĀ https://www.reti.info/permohonan-online/

Atau klik link di bawah untuk berhubung terus dengan Pegawai Akademik kami :
https://reti2020diploma2.wasap.my/
https://reti2020diploma3.wasap.my/

Share

Leave a Reply

Close Menu