Kenapa Perlu Sambung Belajar

Kenapa Perlu Sambung Belajar

Ramai bekas pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang sibuk menyiapkan diri untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Namun tidak kurang juga yang membuat keputusan untuk tidak menyambung pengajian. Mungkin mereka tidak didedahkan dengan kepentingan kenapa perlu sambung belajar.

Terdapat banyak sebab kenapa perlu sambung belajar. Antaranya ialah :

1. Membantu untuk membuat keputusan dengan baik

Dengan belajar, anda akan bergaul dengan ramai orang termasuk pelajar, pensyarah, dan mereka yang berpengalaman dalam pelbagai bidang. Pergaulan dan pendedahan ini sedikit sebanyak akan membantu tahap keyakinan dan kredibiliti anda serta sekaligus akan membantu anda dalam membuat sesuatu keputusan dengan lebih baik.

Anda juga mungkin tidak tahu samada perancangan masa depan dan kerjaya anda adalah satu perancangan yang betul. Tetapi, pengalaman semasa belajarlah yang akan membantu anda menentukan samada keputusan anda betul ataupun tidak.

2. Sebagai ‘back up’

Di zaman teknologi yang meningkat maju, ramai juga pelajar lepasan SPM yang merancang untuk menjalankan perniagaan terutamanya perniagaan ‘online’. Tetapi, anda perlu ingat, setiap perniagaan ada pelbagai cabaran, terutamanya untung dan rugi. Jika perniagaan rugi, sudah tentu akan mengambil masa untuk membangunkan balik perniagaan dan tiada sumber pendapatan. Jadi, anda perlu mencari pekerjaan dan untuk bekerja dengan gaji yang tinggi, kelulusan yang anda perolehi semasa belajar akan membantu anda.

3. Sebagai motivasi kepada keluarga

Jika anda berkeluarga kelak, anak-anak anda akan menjadikan anda sebagai sumber motivasi dengan kelulusan yang anda ada. Anak-anak juga akan lebih cenderung untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh.

Namun, ada juga ibu-baya yang tiada kelulusan tinggi berjaya mendidik anak-anak mereka sehingga berjaya. Tetapi, bayangkan jika mereka mempunyai kelulusan yang tinggi. Sudah tentu anak-anak akan lebih berjaya.

4. Peluang pekerjaan terjamin dengan gaji setimpal

Kenapa perlu sambung belajar

Kelulusan pengajian adalah satu syarat utama yang akan dinilai sebelum anda diterima untuk bekerja. Gaji dan pangkat dalam pekerjaan juga akan dinilai daripada pengalaman dan juga kelulusan pengajian. Malah, ada juga syarikat yang menetapkan pekerja mereka untuk menyambung pengajian terlebih dahulu jika inginkan kenaikan pangkat dan gaji.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai sebab kenapa perlu sambung belajar. Jadikan pengajian satu keutamaan. Untuk pelajar lepasan SPM, anda boleh layari laman sesawang Ranaco Education & Training Institute (RETI) untuk program diploma yang ditawarkan.

Untuk permohonan Diploma ambilan Julai 2020 Ranaco Education & Training Institute, klik https://www.reti.info/permohonan-online/

Atau klik link di bawah untuk berhubung terus dengan Pegawai Akademik kami :
https://reti2020diploma2.wasap.my/
https://reti2020diploma3.wasap.my/

Share

Leave a Reply

Close Menu