Lepasan SPM – Hala Tuju Anda

Pelajar Lepasan SPM 
Sumber foto : remaja.my
Foto Hiasan

Walaupun keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah keluar, masih ramai yang tidak jelas dengan hala tuju lepasan SPM yang sebenar. Ada yang ingin menyambung pengajian, dan ada juga yang ingin terus bekerja.

Untuk memudahkan pelajar, anda perlu tahu bidang pekerjaan yang ingin diceburi dan peluang pekerjaan yang ada untuk bidang tersebut. Anda juga perlu tahu bidang pengajian yang diminati.

1. Institusi Pendidikan Tinggi Awam Untuk Lepasan SPM

Kebanyakan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang akan terus memilih universiti awam terutamanya selepas SPM. Selepas permohonan dibuat dan diluluskan, anda akan ditawarkan program diploma atau asasi sebelum menyambung pengajian ke peringkat Ijazah.

2. Program Matrikulasi KPM

Antara pilihan lain yang setaraf dengan program asasi adalah menyambung pengajian asas di Kolej Matrikulasi dalam bidang Sains Hayat, Sains Fizikal, atau Perakaunan. Program Matrikulasi adalah selama setahun ataupun dua tahun sebelum anda boleh memohon untuk Program Ijazah di IPTA ataupun Politeknik Premier.

3. Pengajian Luar Negara

Pelajar-pelajar lepasan SPM dengan keputusan cemerlang dan berjaya mendapatkan biasiswa juga boleh memohon untuk menyambung pengajian di luar negara.

4. Universiti/Kolej Swasta (IPTS) untuk Lepasan SPM

Terdapat banyak kolej swasta untuk program pengajian Diploma yang boleh dipilih mengikut program pengajian yang diminati. Pilih kolej-kolej yang diiktiraf oleh MQA seperti Ranaco Education & Training Institute yang terbukti dengan kebolehannya dalam menyediakan peluang pekerjaan yang tinggi kepada pelajar. Kolej yang tiada pengiktirafan MQA akan menyukarkan anda untuk mendapat pekerjaan.

5. Politeknik, Program Teknikal dan Latihan

Politeknik juga adalah pilihan yang bagus untuk menyambung pengajian jika permohonan IPTA/IPTS tidak diterima. Permohonan boleh dibuat melalui permohonan UPU ataupun Portal Pengambilan Pelajar Politeknik yang bergantung kepada sesi kemasukan. Anda boleh memohon program di peringkat Sijil ataupun Diploma.

6. Tingkatan 6 untuk Lepasan SPM

Walaupun tidak ramai yang memilih untuk menjadikan tingkatan 6 sebagai destinasi mereka selepas SPM, tetapi STPM juga sangat berharga. Permohonan UPU untuk STPM/setaraf kebiasaannya diberikan keutamaan berbanding pelajar lepasan diploma ataupun matrikulasi.

7. Institut Pendidikan Guru (IPG)

Bagi yang meminati bidang perguruan, anda boleh memohon program dan kerjaya perguruan. Ramai yang memilih kerjaya perguruan untuk berbakti kepada anak bangsa sendiri.

8. Kursus Ketenteraan

Bagi anda yang berminat dengan aktiviti ketenteraan, boleh membuat permohonan untuk pengajian ke UPNM ataupun ALAM.

9. Kursus Penerbangan

Kursus ini merangkumi kerjaya seperti juruterbang, pramugari & pramugara, serta ahli-ahli biasa di lapangan penerbangan.

10. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

Untuk SPA, anda boleh memohon kerja-kerja seperti jururawat, juruaudit, juruukur dan lain-lain. Selepas anda ditemuduga dan permohonan berjaya, anda akan ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di mana-mana kolej yang terlibat.

Sebagai kesimpulan, para pelajar perlulah membuat keputusan yang bijak untuk menentukan hala tuju lepasan SPM. Selamat berjaya kepada semua calon lepasan SPM.

Untuk permohonan Diploma ambilan Julai 2020 Ranaco Education & Training Institute, klik https://www.reti.info/permohonan-online/

Atau klik link di bawah untuk berhubung terus dengan Pegawai Akademik kami :
https://reti2020diploma2.wasap.my/
https://reti2020diploma3.wasap.my/

Share

Leave a Reply

Close Menu