Maritim Kurang Pekerja Tempatan

Maritim Kurang Pekerja Tempatan

Industri maritim kurang pekerja tempatan dan masih memerlukan ramai rakyat tempatan untuk memenuhi peluang kerjaya yang ditawarkan terutamanya dalam bidang perkapalan.

Bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai juga pernah berkata, lebih daripada 40% daripada pekerja dalam industri tersebut terdiri daripada warga asing.

Menurut Pengarah Jabatan Laut Sarawak Zahidin Dor pula, faktor kekurangan latihan kemahiran mungkin menjadi punca kekurangan warga tempatan bekerja dalam bidang maritim.

Walaubagaimanapun, pelbagai inisiatif telah diambil oleh pihak kerajaan dalam menggalakkan penyertaan warga tempatan terutamanya belia dalam pekerjaan sebagai pelaut dalam menangani masalah industri maritim kurang pekerja tempatan.

Di samping itu, terdapat juga beberapa usaha daripada Institusi Pengajian Tinggi seperti Ranaco Education & Training Institute (RETI) yang menawarkan kursus pengajian diploma dalam industri maritim yang menjanjikan peluang kerjaya yang tinggi kepada pelajar tempatan untuk mendapatkan pekerjaan dalam industri tersebut.

Kursus yang ditawarkan juga memenuhi keperluan industri dan pelajar juga akan mendapat pendedahan awal suasana pekerjaan dan industri dengan kampus yang bertempat di pusat industri, iaitu di Kemaman, Terengganu.

Cara-cara untuk memohon :

  1. Permohonan online, klik : https://www.reti.info/permohonan-online/
  2. Pertanyaan melalui Whatsapp, klik :
    https://reti2020diploma2.wasap.my/
    atau https://reti2020diploma3.wasap.my/

Syarat Minima : SPM 3 kredit

Share

Leave a Reply

Close Menu