Sambung Belajar atau Bekerja

Sambung belajar atau bekerja

Kehidupan kini yang serba moden memberikan impak yang besar bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terutamanya dalam menentukan hala tuju masa depan untuk sambung belajar atau bekerja.

Ramai yang memilih untuk menyambung pengajian, dan tidak kurang juga ramai yang memilih untuk terus bekerja selepas tamat SPM. Anda pula bagaimana?

SAMBUNG BELAJAR

Sambung belajar atau bekerja

Peluang Kerjaya Yang Lebih Terjamin

Ramai yang tahu bahawa graduan yang mempunyai kelulusan yang tinggi lebih diutamakan dalam tawaran pekerjaan. Malah, semakin tinggi kelulusan, semakin terjamin kerjaya yang ditawarkan dengan gaji yang lebih lumayan.

Banyak juga kerjaya profesional seperti doktor, jurutera, peguam dan lain-lain yang mensyaratkan pelajar lepasan SPM untuk menyambung pengajian sekurang-kurangnya ke peringkat Diploma dalam jurusan yang berkaitan. Tanpa kelulusan, anda tidak akan ditawarkan bekerja dalam jawatan-jawatan tersebut.

Graduan Lebih Berpengalaman

Walaupun masih ‘fresh graduate’, tetapi kebanyakan graduan yang baru sahaja tamat belajar boleh dianggap sudah berpengalaman dalam bidang pekerjaan yang ingin dipohon. Ini adalah kerana sepanjang tempoh pengajian, pelajar akan didedahkan dengan suasana pekerjaan mengikut jurusan yang diambil. Malah kebanyakan pelajar juga akan diserapkan ke syarikat-syarikat untuk menjadi pelatih sebelum tamat pengajian.

Peluang Kenaikan Pangkat

Tawaran kenaikan pangkat dalam sesebuah institusi pekerjaan kebiasaanya akan ditawarkan kepada calon-calon pekerja yang mempunyai kelulusan yang tinggi. Pihak pengurusan juga sudah pasti mahukan syarikat atau perniagaan mereka dikendalikan oleh pekerja yang berilmu tinggi dan berpengalaman.

Gaji Yang Lebih Tinggi

Gaji yang ditawarkan untuk pekerja baru akan ditentukan berdasarkan kelulusan pengajian. Sebagai contoh, graduan ijazah. Tangga gaji permulaan yang ditetapkan untuk mereka adalah lebih tinggi daripada pelajar lepasan SPM. Malah, kenaikan gaji juga lebih tinggi

BEKERJA

Sambung belajar atau bekerja

Menimba Pengalaman

Ada yang memilih untuk terus bekerja selepas tamat SPM. Mereka dapat menimba pengalaman sebenar dengan terus bekerja. Malah, mereka juga dapat menimba pelbagai ilmu yang berguna sepanjang bekerja yang mungkin tidak dapat dipelajari di dalam kelas.

Pengalaman yang diperolehi juga amat bernilai dalam menentukan jaminan kerjaya di masa yang akan datang. Kebiasaanya, pekerja yang bermula dari bawah merupakan aset yang penting kepada sesebuah syarikat ataupun perniagaan kerana pengalaman yang ada pada mereka.

Kewangan

Ada yang memilih untuk terus bekerja kerana ingin mengumpul pendapatan lebih awal, dan ada juga kerana tidak mampu atau tidak berminat untuk menyambung pengajian. Kebiasaanya, duit adalah keperluan dan kepentingan yang perlu didahulukan. Golongan ini kebiasaannya sudah merancang hala tuju kerjaya mereka lebih awal dan mereka yakin dengan keputusan yang dibuat.

Minat

Minat dalam sesuatu bidang dan kerjaya merupakan faktor utama dalam memilih sambung belajar atau bekerja. Pelajar yang tahu dan yakin dengan minat mereka akan memilih untuk terus bekerja dalam sektor berkaitan dan berpeluang untuk mengasah bakat dan minat mereka lebih awal. Malah, kemahiran dan pengalaman juga lebih senang untuk ditingkatkan!

Jadi, apakah pilihan anda? Sambung belajar atau bekerja? Jika anda berminat untuk menyambung pengajian dan bekerja dalam industri Perkapalan, Minyak dan Gas, Logistik, Kejuruteraan, ataupun Hospitaliti, anda boleh layari laman web Ranaco Education & Training Institute (RETI) untuk pengajian diploma! Atau ‘follow’ RETI di laman sosial untuk ‘update’ terkini.

Share

Leave a Reply

Close Menu