Tips Pilih Jurusan Sesuai Untuk Lepasan SPM

Tips Memilih Jurusan Sesuai

Ramai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang masih tidak tahu untuk memilih jurusan yang sesuai untuk menyambung pengajian. Di sini kami kongsikan beberapa tips pilih jurusan sesuai untuk lepasan SPM. Antaranya ialah :

1. Minat

Pertama sekali, anda perlu tahu minat anda. Pastikan minat anda selari dengan jurusan yang ingin dipilih. Ia bertujuan untuk mengelakkan anda cepat merasa bosan malah mungkin mudah berputus asa ketika proses pengajian.

Sebagai contoh, jika anda belajar aliran Sains semasa persekolahan dan tidak berminat dengan subjek seperti Biology, elakkan mengambil jurusan yang melibatkan kerjaya berkaitan dengan subjek tersebut walaupun kerjaya tersebut nampak hebat.

2. Peluang Pekerjaan

Pilih jurusan yang boleh menjamin kerjaya di masa yang akan datang. Sebaik-baiknya pilih jurusan yang boleh membantu anda mencari pendapatan sendiri dan juga bekerja dengan mana-mana syarikat. Ini dapat membantu anda jika proses untuk mendapatkan pekerjaan mengambil masa yang lama dan susah untuk mendapatkan pekerjaan dengan syarikat pilihan anda.

3. Lokasi Pengajian

Pemilihan lokasi pengajian yang tepat juga sangat penting terutamanya dalam membantu anda dengan pendedahan awal kepada peluang kerjaya dan sektor yang berkaitan dengan jurusan yang diambil. Sebagai contoh, Ranaco Education & Training Insitute (RETI), yang menawarkan jurusan minyak dan gas, kejuruteraan, maritim dan lain-lain dan kampus terletak di pusat industri iaitu Kemaman, Terengganu.

4. Kewangan

Jika anda sudah tahu jurusan yang ingin dipilih, pastikan anda mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menanggung kehidupan seharian anda sepanjang pengajian.

Terdapat banyak Pinjaman Pengajian yang disediakan seperti PTPTN untuk membantu menanggu pengajian anda. Tapi tidak semua memberi pinjaman yang mencukupi. Anda juga mempunyai kos-kos lain yang perlu ditanggung seperti sewa, tugasan, keperluan harian dan lain-lain.

5. Buat Ulangkaji Awal Mengenai Jurusan Yang Ingin Dipilih

Pastikan anda membuat ulangkaji berkenaan jurusan yang ingin dipilih. Tanya bekas-bekas pelajar ataupun baca artikel dan perkongsian berkenaan jurusan tersebut. Ia dapat membantu anda untuk lebih memahami jurusan yang diplih dan untuk mengelakkan daripada anda tersalah pilih

6. Tentukan Persekitaran Pengajian Yang Anda Suka

Pilih persekitaran pengajian yang sesuai dengan anda. Ada yang lebih cenderung kepada persekitaran yang melibatkan kemahiran, dan ada juga yang lebih menyukai kelas syarahan sepenuhnya. Pilih jurusan yang sesuai dengan persekitaran yang anda pilih.

7. Jangan Malu Bertanya

Pastikan anda yakin dengan jurusan yang dipilih. Banyakkan bertanya dengan bekas-bekas pelajar, cikgu, ibu-bapa, ataupun sesiapa yang boleh membantu anda dalam memilih jurusan yang sesuai.

Diharapkan dengan perkongsian tips pilih jurusan yang untuk lepasan SPM di atas dapat membantu pelajar lepasan SPM untuk memilih jurusan yang sesuai.

Untuk permohonan online program pengajian di Ranaco Education & Training Insitute, klik Permohonan Online.

Share

Leave a Reply

Close Menu